Bahan-Bahan; Halia. Pegaga bersama akarnya. (basuh bersih) Segelas air. No sugar / epal hijau / gula perang. (Salah satu sahaja / Optional) Cara-Cara; Blenderkan semua bahan dan tapis. Boleh diminum bersama ais. Hampasnya jangan dibuang. Boleh buat scrub muka. Senang dan jimat bukan? 😉 khasiat jus pegaga. 1️⃣ Jus daun pegaga boleh merawat demam panas. 2️⃣ Mengurangkan tahap kolestrol dalam badan. 3️⃣ Boleh merawat ulser mulut. 4️⃣ Bagi ibu yang baru bersalin, jus pegaga boleh membantu mengembalikan bentuk badan, menghilangkan parut pembedahan dan mengecutkan rahim. 5️⃣ Membantu mencegah kanser kulit yang disebabkan oleh sinaran ultraungu. 6️⃣ Jus pegaga membantu mereka yang menghadapi masalah buasir dan penghadaman. 8️⃣ Membantu menyembuhkan luka dengan cara menegangkan kulit dan meningkatkan antioksida di bahagian luka tersebut. 9️⃣ Dapat menyejukkan badan. 🔟 Meningkatkan kecerdasan otak kerana ia boleh melindungi sel otal daripada pendedahan toksik.